Abu Sufian Abu Bakar (PhD) merupakan seorang pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia. Mula berkhidmat di Universiti Utara Malaysia pada tahun 1999 sebagai pensyarah. Berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan pada tahun 2005. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1990. Pernah berkhidmat sebagai tutor di Universiti Malaya dari tahun 1996-97 semasa melanjutkan pengajian di Peringkat Sarjana. Menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Ekonomi di Universiti Malaya pada tahun 1998. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi Penilaian pada tahun 2006. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Dasar Ekonomi Awam, Fakulti Ekonomi, UUM antara tahun 2003-2004. Terlibat dalam pelbagai penyelidikan di peringkat IRPA, FRGS dan NRGS di bawah geran Kementerian Pengajian Tinggi. Terlibat sebagai perunding untuk kajian Kesan Kenaikan Harga Petrol ke atas masyarakat di bawah Unit Perangcang Ekonomi pada tahun 2007. Menjadi ahli penyelidik untuk geran HELP Kementerian Pengajian Tinggi berkenan Persepsi Masyarakat ke atas perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan antara tahun 2014-2015. Terlibat secara aktif dalam penulisan buku, sehingga kini telah berjaya menghasilkan sebanyak 8 buah buku karya asli dan lebih dari 25 article jurnal, 15 bab dalam buku, 35 artikal proseding. Pernah mendapat Anugerah Penyelidik Terbaik (2001), Anugerah Khidmat Cemerlang (2003 dan 2017), dan Anugerah Best Paper Award, MIAR 2016.
|